Kursus IUD Modul 2
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 & 13 April 2019, program Inovasi Usahawan Desa (IUD) bagi modul 2 telah diadakan. Program ini merupakan kerjasama bersama Pusat Internet KDN 1. Seramai 12 orang usahawan telah mengikuti program tersebut. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri.
Di samping itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan advokasi kepada para peserta di mana advokasi dapat membantu peserta supaya lebih berhati-hati dengan dunia teknologi dan peka terhadap kandungan isu semasa yang bermanfaat dan sabar sebelum kongsi. Tambahan lagi, Program Inovasi Usahawan (IUD) ini juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan komuniti serta mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka berdasarkan program yang dijalankan secara bersiri ini.
Kursus IUD modul 2 ini adalah mengenai cara-cara membuat kertas kerja, pembentangan dan belanjawan atau pengurusan akaun dengan menggunakan Microsoft word, powerpoint dan excell. Peserta juga diajar cara-cara membuat poster produk dengan menggunakan Microsoft Publisher. Pada 13 April 2019, peserta diajar cara-cara berniaga menggunakan aplikasi shope dimana dengan menggunakan aplikasi shopee, ia akan memudahkan usahawan untuk berniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: